Ahad, 21 November 2010

Blue Ocean Strategy

Blue Ocean Strategy

Setiap business atau perniagaan, pasti akan ada pencabar dan pesaing yang masing-masing sama berlumba untuk mencapai target tertentu. Tidak kira ia target sales, target market seperti customers ataupun dari segi kualiti produk yang di hasilkan. Tidak di nafikan, setiap bisness ada kelebihan dan ada kekurangan. Ada yang berjaya dengan hebat, ada yang kecundang rebah di tengah jalan sehingga tidak mampu untuk mendongak ke langit lagi.
Yang menjadi persoalan pokok adalah, jika niche bisness sudah terlalu tepu, bagaimana sebuah bisness mahu meneruskan survival? Jika salah langkah pasti malang dan kemusnahan akan berlaku. Modal lesap, letih dapat dan seksaan mental yang hebat. Kadang kala, ayat yang biasa yang di anggap pemusnah akan keluar di minda orang-orang yang kalah ini.
“Masakan tidak kecundang. Setiap pesaing yang ada di pasaran, mereka sudah “established” dan tidak mampu di ganggu gugat oleh sesiapa. Kita tak boleh masuk dalam?league (kumpulan) mereka. Jika tidak we’ll be dead in no time”

Blue ocean

Pendapat seperti ini merupakan pendapat yang sangat salah dan rentetan daripada inilah munculnya blue ocean strategy atau strategi lautan biru

Apakah strategi lautan biru ini?

“Blue ocean strategy promotes creating new market space or “Blue Ocean” rather than competing in an existing industry” – strategi lautan biru mengenengahkan kaedah untuk mencipta market baru daripada bersaing di dalam industri yang sedia wujud.

Maksudnya, “existing market” atau pasaran yang sedia wujud sekarang (red ocean – laut merah) sudah terlalu tepu. Dan untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu “wujudkan” pasaran baru.

More: fahdighazali.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tumblr

Generasi Baru Felda