Ahad, 20 Februari 2011

RM4 Bilion Tidak dituntut

Bachok 20 Feb.2011 –


Lebih RM4 bilion wang yang tidak dituntut oleh pemilik masih dipegang Unit Perbendaharaan, Bank Negara berikutan kegagalan waris mereka membuat tuntutan sehingga hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang berkenaan diserahkan kepada Perbendaharaan oleh pelbagai institusi kewangan di negara ini apabila akaun simpanan individu tidak aktif melebihi tempoh lima tahun.

Beliau berkata, wang itu dihantar ke unit berkenaan selepas pengurusan institusi kewangan menghantar notis kepada pemilik akaun simpanan bagi memaklumkan mereka supaya menuntut semula atau mengaktifkan urus niaga kewangan yang beku melebihi tempoh lima tahun tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

utusan.com.my


Definisi Wang Tak Dituntut:

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah :

* gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
* dividen;
* keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
* tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
* draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
* simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
* cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
* Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh(7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah :

* akaun simpanan;
* akaun semasa;
* simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

* akaun pemiutang dagangan
* akaun penghutang dagangan berbaki kredit

sumber



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tumblr

Generasi Baru Felda